Wednesday, October 22, 2008

misi mencari daun

siapa nak daun? sila bagi nama penuh beserta ucapan yang handak di tulis di atas daun tersebut ~ ehehehe promosi terhad sehingga hujung bulan 10 sahaja!

ada apa dengan daun?
sebenarnya dedaun di sini lain sedikit dari malaysia. di tambah pula di waktu musim luruh ini. boleh bayangkan - 'autumn leaves'? sangat menarik dan kuning! tidak terdapat di mana-mana kawasan di malaysia mahupun di pasar raya berdekatan.

idea baru
baru-baru ini tiba-tiba mendapat ilham. untuk mengumpul daun-daun ini dan menulis sesuatu di atasnya. yela, mungkin musim luruh tahun hadapan tidak berkesempatan lagi. dan rasanya daun ini bakal menjadi cenderahati paling bermakna buat keluarga dan teman. tapi masalah nya hendak tulis apa ya? selain dari 'najwa - essen germany', tarikh mahupun tandatangan.

sebenarnya sudah banyak daun yang sudah ditulis.. (senyap-senyap telah berjaya mengumpul beberapa daun - untuk testing2!) hasilnya ok ~ tapi mungkin silap besar menggunakan pen dakwat basah kerana kembang pula dakwat itu. sigh (+_+).. akan tetapi jika menggunakan pen biasa, bisa pula mencederakan daun tersebut. adei.. pfening den! tetapi menulis di atas daun sememangnya satu cabaran.

tekstur daun
buat pengetahuan daun yang dikutip merupakan dedaun yang terpilih sahaja. daun lain jgn kecil hati ya. ciri-ciri daun (tips buat marni - sibuk pula mengcopycat idea gue.. huahuahua)
  1. sempurna fizikalnya.. bermakna daun itu tidaklah terkoyak walau sedikit pun
  2. mempunyai tangkai.. lebih panjang lebih comel pula
  3. warna yang kekuningan.. awas! kadang kala ada juga yg telah menjadi kering - warna agak kecoklatan. jadi daun begini agak tidak sesuai
  4. daun 3 kelopak atau 5 kelopak.. eh daun juga panggil kelopak kah? maksud kelopak itu faham-faham sahajalah. nanti tengok gambar di bawah
  5. saiz.. jika hendak dikirim melalui pos, maka daun nya haruslah kecil sahaja. jika besar nanti terpaksa pula dilipat-lipat. owh semalam berjaya mengambil daun yang sangat besar untuk keluarga. hehe love it
pendek kata memang cerewet sekali untuk memilih daun ini. terpaksa mengambil masa yang lama dan menahan malu juga kerana tiba-tiba sahaja pergi mengutip daun di tepi jalan ~ huhu

masalah baru
hari ini tiba-tiba terperasan - daun yg kekuningan itu menjadi 'over dried'! kerana semalam 'terletak' pula dedaun ini di tepi alat pemanas! apa lagi.. bertukar rupa semuanya.. daun yang lawa menjadi melengkung, kuncup.. warna yang kuning bertukar coklat.. hih! terpaksa esok mencari lebih banyak daun lagi. mintak-mintak pihak bandaraya belum lagi membersihkan dedaun tersebut ~




daun 3 dan 5 kelopak.. hih kenapa macam pelik guna perkataan kelopak yea? perkataan lain please!





musim luruh yang mendamaikan jiwa.. the best season ever!


No comments: