Friday, October 3, 2008

me.. myself.. and 'penulis'

ahahahaha (gelak dulu)...

tiba-tiba terasa rimas membahasakan diri dengan nama 'penulis'. macam poyo pun ada. sekarang kena ejek pula dengan rakan-rakan. hahaha hampeh.. jadi kepada sesiapa yang terasa agak-agak rimas dengan penggunaan ganti diri 'penulis' ini, telan sahajalah. sekarang mode PENULIS masih lagi untuk menggunakan nama ini dan gaya tulisan bahasa yang penuh. mungkin cikgu BM semasa tingkatan 4 & 5 dulu (Cikgu Aisyah) akan berbangga dengan penulis (^_^)


sebenarnya penulis baru sahaja selamat sampai ke bilik jam 2 lebih tadi dari London. owh yea terima kasih cik Alia Ali di atas kad raya anda. i love it ~ terharu pun ada. apabila berada di luar negara, kad raya semacam menjadi satu perkara yang sangat bernilai. walaupun dibanjiri dengan kemudahan teknologi yang ada, sekali sekala tradisi jangan dilupakan. zaman sekarang semuanya mahu sms sahaja.. huhu tapi nanti jemputan kahwin janganla disms pula!!!


perasaan penulis sekarang sebenarnya meluap-luap untuk mengarang 'entry' baru untuk edisi raya @ london. tetapi masa sekarang menunjukkan pukul 3 pagi. mata ini sudah mengantuk tahap dewata raya. tambahan pula gambar-gambar belum diambil dan yang pasti belum lagi ditransfer! penulis rasa mungkin ada > 2000 keping gambar. banyak bukan? huhu 4 kamera dan memory kad sebanyak 5@6GB. memang penat bergambar.


keseluruhannya London adalah sebuah kota yang amat indah sekali. silalah... penulis tegaskan SILALAH melawat London dan juga kota Paris. hehe tak habis-habis mahu membandingkan setiap negara yang dilawati dengan Paris. mungkin kerana Paris merupakan trip pertama penulis dan tentulah 'the first one is the deepest'. macam first love juga barangkali :p Paris adalah benchmark nya jadi faham-faham sajalah ~


tidak baik ke perangai ini? mungkin rakan penulis rimas setiap kali penulis mengagungkan Paris huahuahua akan tetapi itulah kebenarannya. sejujurnya London dan Paris kedua-duanya SUPERB tambahan pula dua negara inilah yang penulis idam-idamkan untuk dilawati sebelum terbang ke Jerman. jadi perasaan lebih terhadap kedua negara ini mungkin menyebabkan faktor-faktor perbandingan (benda macam ini pun ada ke? macam ada dua boyfriend pula huhu)


tadi semasa kami dalam perjalanan pulang, sempat pula membuat survey mengenai Paris dan London. rata-rata kawan penulis memuji London, maka penulis sengaja membakar mereka dengan mengatakan Paris lagi best!!! ahaha akhirnya keluarla angka-angka peratus ini.

Marni - berpendapat London lagi best sebanyak 60% (angka beliau sangat melampau ahaha)
Muny - berpendapat London lagi best sebanyak 20%
Kyah tukang buat survey - berpendapat London lagi best tanpa mendedahkan kadar peratusan beliau (tetapi manusia ini pernah membuat kenyataan tidak mahu ke London kerana sangat common place! ahaha itula kerek lagi.. sangat LOSER tak mahu pergi London tau!)

nampaknya seperti 3 lawan 1. tetapi penulis tidak kisah pun sebab i do love these places. jika rate penulis terhadap London 100%, Paris pula penulis bagi 110% hehe mestila lebih sedikit. tapi sepuluh peratus bukan la banyak sangat bukan? =p mungkin mereka (rakan-rakan penulis) ini sudah lupa barangkali penulis la yang mencadangkan mahu pergi beraya di London merangkap pula trip planner. "xkan la den xsuke London wei!! cume suke bgi Paris lebih sket ahahaha".

akhir sekali penulis mahu memanjatkan kesyukuran terhadap Allah s.w.t ~ alhamdulillah trip kali ini berjaya dan selamat semuanya walaupun ada beberapa dugaan yang ditempuhi. nanti cerita ok, sekarang sudah mahu tidur.


Selamat Hari Raya
-mode raya yang tak habis-habis-

2 comments:

Nurul Kassim said...

hang punya entry nie, kalah artikel dalam majalah kuntum la....

jOan of arc said...

ahahahah what is that supposed to mean? explain please =p