Monday, April 14, 2014

perihal tudung

kesian Mawar Fareeda.

patut Mazidul minta maaf dekat dia. 'too naive' kalau nak percaya semua komen dekat fb tu dari Mawar sendiri. tapi memang komen yang di highlight oleh Mazidul tu melampau. patut pecat admin page tu atau pun hantar ke sekolah yang ajar social media etiquette 101

tudung mahal beratus ringgit.

memang kalau pakai tudung beratus ni bukannya nampak lagi comey pun. tak pula tinggi darjat menutup auratnya. dulu pun pernah terfikir juga kenapa la dorg ni sanggup beli Ariani yang 3-4 ratus.. like come on tudung pun lagi mahal dari jubah ke. bak kata Ustaz Azhar - pakai baldi pun tutup aurat juga hehs

tapi bila fikir balik. biarlah dorg mampu. kalau gaji 25k sebulan setakat 250 tu baru satu peratus je kan? kalau gaji 2.5k pula baru sepuluh peratus. ada lagi 90 peratus untuk belanja bulanan. pandai la dorg uruskan kewangan dorg walau terpaksa makan megi sepuluh hari terakhir pun

macam beli kereta la. tujuan tu sebab nak bergerak dari point A ke B. so kenapa sampai nak beli BMW, Merc, Audi etc kan boleh je beli Proton, Perodua. tapi sebab dorg mampu kan.

so dalam konteks ni tak perlu nak judgmental. mungkin yang beli Fareeda tu pakai kereta kancil, myvi je dan yang beli tudung dekat chow kit harga sepuluh ringgit tu mungkin bawa kereta mewah - ni spesies cheapskate

sebab apa? priority kita lain-lain. ada orang nak bergaya dari segi pakaian. ada orang nak nampak gah dengan kereta. tak kesah la mana2 asal padan dengan kerangka

*me who had never owned Fareeda, Ariani, Hajaba and the gang. neither a fan of Fizo, Mawar, Mazidul