30/09 (Selasa) - raya di Malaysian Hall London
sEmBahYang rAYa
last touch up ~ ngeeee
inilah orang melayu pertama yang kami jumpa sepanjang di london. sebelum ini ada juga kami berteka teki siapakah yang pertama di antara kami yang berjaya menjumpai orang melayu di london. yea.. den lah orangnya. tetapi tiada perasaan...tak jumpa pun tak apalah ~. dan kemudian kami berlari-lari anak mengikut jejak langkah wanita tersebut. 7 minit berjalan barulah sampai di malaysian hall. terdapat beberapa malaysian lain diluar kawasan tersebut dan kami terus sahaja masuk ke dewan sembahyang perempuan. OMG! dewan tersebut sangat penuh! rasa bahagia seketika melihat begitu ramai malaysian. sehingga ke pintu masuk, mereka telah membuat saf sehinggakan kami terpaksa berdiri dahulu di luar
sembahyang raya akan bermula jam 9 pg. tatkala 5 minit lagi menunjukkan jam 9, kami berjaya juga masuk ke dalam dewan. majlis sembahyang raya berlalu dengan sempurna dan lancar sekali.. alhamdulillah. selepas mendengar khutbah raya dan ucapan dari pihak embassy malaysia, kami sempat bergambar sakan sebentar. dan kemudiannya keluar menuju ke khalayak ramai. malaysian memenuhi sekitar kawasan tersebut dan kami meluangkan masa di situ hampir 30 minit. melihat gelagat mereka.. cukup menggambarkan segalanya. meriah sekali ~ dan yang paling seronok di dengar, slang british mereka. wah ~ bravo sememangnya layak menjadi londoner
pada saat itu juga den terfikir, alangkah seronoknya menjadi warga london kerana sekurang-kurangnya ada tempat untuk berhari raya bersama. dan melihat bilangan rakyat malaysia yang ramai itu, berbeza sekali dengan jerman. ya.. london lebih seronok dari jerman. tetapi tidak lah bermakna di jerman tidak ada embassy membuat sambutan hari raya. namun tidak sama seperti di london penulis rasa. dan pada jam 1 tgh hari nanti, ada rumah terbuka yang dihoskan oleh DS Rais Yatim namun kami tidak sempat menghadirkan diri kerana perlu bergegas untuk ke Oxford. nasi tomato yang diberi pada pagi raya tersebut sudah cukup untuk memberi kenangan yang paling manis beraya di london.
bersama kyah.. di malaysian hall
mAkan teNgah hAri di TraFAlgar sQUare
selepas majlis raya, kami menukar baju sebentar di McD dan bergerak ke Trafalgar Square(TS). jika anda pernah bermain monopoly, semestinya pernah mendengar nama ini. jika tidak silap, tempat ini dahulunya popular dengan burung merpati. namun ketika kami sampai.. tidak lah banyak mana burung merpati di sini. mungkin banyak yang telah berhijrah.. ke jerman barangkali ~ =p. apa yang menarik perhatian penulis ialah, terdapat 'Malaysian Tourism' betul-betul di hadapan TS dan bendera malaysia yang gagah berkibar. tempat ini tidak lebih sekadar sebuah tugu yang wajib dilawati. dan kami berjaya membuat aktiviti tambahan di sini ~ makan tengah hari dengan bekalan nasi tomato dari malaysian hall (^_^)
mElaWat baNdar oxFord.. cHris chUrch coLLege, univeRsity oXford
jam sudah hampir 1.30 tengah hari. Bergegas kami ke Victoria station untuk menaiki bas ke oxford. mengikut jadual asal kami sepatutnya melawat birmingham-oxford-london. Ini bermakna kami bergerak ke oxford dari birmingham. tetapi disebabkan pertukaran jadual yang den pernah sebutkan, maka kami perlu membeli tiket baru untuk ke oxford dari kota london. jikalau dibeli secara online.. harganya hanyala 1.80 pound namun disebabkan tiket dibeli secara tunai dengan pemandu bas harganya menjadi 10 pound! bengang.. marah dan tertekan ~ 5x ganda lebih mahal. jadi nasihat den.. sila lah beli secara online.
perjalanan mengambil masa 1jam 30minit... dan dapat disimpulkan bandar oxford ini tempatnya agak terpinggir. maksud den adalah jauh dari kesibukan kota london dan dipenuhi pula dengan ladang-ladang menghijau sepanjang perjalanan. selayaknya universiti oxford menjadi universiti terkemuka dunia dengan keadaan persekitaran yang nyaman dan damai ini =p (tidak ada kaitan sebenarnya~). sebaik turun, kami terus mencari Chris Church College (CCC). 5 minit perjalanan, kami sampai di pintu masuk CCC
tahukah anda ~ university oxford mempunyai hampir 39 buah kolej dan CCC adalah di antara kolej yang popular. salah satu sebabnya ialah filem Harry Potter (HP) pernah membuat pengambaran di sini. jadi lawatan ke kolej ini tidak lain tidak bukan mahu melawat tempat HP selain dari melihat sendiri kehidupan pelajar di universiti ini. dengan bayaran masuk 3.90 pound tempat ini sekadar memberi kepuasan kepada peminat HP. sebagai sebuah kolej, bagi den tidak perlulah dikenakan apa-apa bayaran. entah la.. hanya 30 minit sahaja diperlukan untuk berjalan-jalan sekitar tempat berkenaan. jadi kerana tidak mahu membazirkan wang yg dikeluarkan, kami mengelilingi tempat tersebut sebanyak 2 kali dan mengambil sebanyak gambar yang mungkin (^_^)
jikalau pernah menonton HP 1 (jika tidak silap) di sinilah tempat di mana salah satu scene sebelum harry bertanding dengan menaiki penyapu ajaibnya
dan di sini pula merupakan dewan makan seperti di dalam HP. kami sempat bertanya kepada seorang penjaga di situ ‘ini kah scene dewan makan HP’ namun beliau memberitahu dewan makan dalam filem HP itu hanyalah set rekaan semata akan tetapi mengambil idea asal dari dewan makan CCC. patutlah den rasa dewan tersebut sedikit kecil jika dibandingkan di dalam filem HP.
selepas melawat CCC, kami berjalan-jalan di sekitar bandar oxford dan dengan tujuan mencari universiti oxford (UO). sambil berjalan sempat juga den merasa roti di london - cheese and onion pasty. sedap!! dan banyak juga kedai halal di sekitar oxford. suka kuasa 2 =p. berbalik kepada UO.. sebenarnya universiti ini sangat besar dan kami mencari-cari di manakah pusat pentadbiran. akhirnya.. hanya ini hasil kami.
shopping street ~ oxford city
hampir 4 jam di oxford, kami bergerak pulang ke kota london. niatnya untuk makan malam bersama rakan kami yang akan sampai iaitu razmi dan joo e. mereka sampai dari jerman lewat dua hari daripada kami disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan. . namun lain pula yang berlaku pada malam tersebut ~. sebaik sampai di kota london kami terus sahaj ke mcD untuk menunggu hock. waktu itu jam 9.30 malam. razmi dan joo e dijangka tiba di victoria stesen pada jam 11. bayangkan betapa lama kami melepak di mcd. dan apabila sampai masanya kami menunggu di tempat yang dijanjikan iaitu di tempat bas menurunkan penumpang.
*biarlah den jelaskan karektar di sebalik trip ke london ini. sewaktu sampai kami datang berenam.. penulis bersama marni, muny, kyah, pei tze dan hock. namun sepanjang di london hock tidak menyertai kami kerana beliau mempunyai perancangan sendiri bersama rakan beliau yang tinggal di london dan razmi akan bersama beliau hari-hari seterusnya. joo e pula akan menyertai kami. jadinya kami berpecah kepada 6-2.
akan tetapi, bas mereka itu sedikit sewel agaknya, tidak menurunkan mereka di tempat yang kami tunggu. maka bermulalah episod pencarian kami. ke hulu ke hilir kami mencari mereka. dengan berbekal telefon bimbit masing-masing, agak sukar untuk menjejaki mereka kerana mereka masih tidak arif mengenai london dan victoria stesen itu amatlah besar ~ terpecah pula kepada stesen untuk keretapi dan bas. merayau-rayau kami hampir 40 minit demi mencari mereka, akhirnya bertemu jua. sudahlah lapar, sesat pula. keadaan waktu itu memang sedikit tegang. di tambah pula rancangan untuk makan malam bersama yang mungkin sukar dilaksanakan kerana waktu itu sudah jam 12 lebih dan di tengah kota london itu belum pernah lagi kami jumpa restoran halal.
jadi kami membuat keputusan untuk pulang ke hostel masing-masing dan makan malam sendiri sahaja. mengambil kembali bas no.52 kami pulang ke hostel dan sewaktu turun di stesen bas itu, terdapat restoran halal betul-betul di tempat bas itu berhenti. sememangnya kami tahu mengenai restoran tersebut namun belum tergerak hati untuk masuk. dan malam ini disebabkan lapar yang mencengkam jiwa, kami (den, joo e, marni dan pei tze) makan malam disitu sambil memesan pizza. harganya berpatutan dan sedap giler! sebaik makan terus sahaja balik ke bilik dan tidur. esok bakal melawat ke stadium ARSENAL!!! yeayea tidak sabar menunggu hari esok ~
to be continue...
No comments:
Post a Comment