28/09 (Ahad) - sehari sebelum tarikh penerbangan
owh yea buat pengetahuan semua, penerbangan kami adalah pada pukul 6.50 pagi jadi kami bertolak pada malamnya untuk tidur di airport. kerana selepas jam 12 sehingga jam 5 pagi tiada pengangkutan awam yang beroperasi. sungguh sadis ~.. jadinya jam 8.40 malam kami bergerak menuju ke hentian bas, kira-kira 10 minit perjalanan. kemudian menaiki pula keretapi, bas dan akhir sekali terpaksa menelefon teksi kerana sesat di akhir perjalanan. huhu itulah dugaan pertama barangkali. sedikit kesilapan teknikal tetapi selamat jua sampai di Lapangan Terbang Weeze, Dusseldorf jam 12 mlm.
29/09 (Isnin) - London... kami datang!
semasa di kaunter 'check in', dugaan kedua pula datang. sememangnya satu cabaran ketika men'check in'kan diri untuk penerbangan tambang rendah RyanAir ini. di paris dulu juga sama. kali ini salah seorang dari kami di tahan kerana tidak meletakkan cecair di dalam plastik yg lutsinar. kemudian dia dipaksa untuk membeli plastik tersebut yang berharga 1 euro (murah sahaja) namun sebenarnya plastik itu boleh didapati secara percuma di airport London. bengang bukan? malahan ada juga rakan lain yang tidak meletakkan bahan cecair tersebut di dalam plastik, termasuk den sendiri namun kami semua terlepas. haih ~!
pEnerBangan tErinDah di wAkTu paGi
ini merupakan pertama kali den menaiki kapal terbang di waktu pagi dan berpeluang untuk melihat cahaya matahari terbit di ufuk timur. subhanallah, pemandangan yang sangat cantik dan tak terucap dengan kata-kata. melihat awan ibarat sebuah lautan yang sangat indah ~ sesungguhnya satu pengalaman yang amat luar biasa sekali. biasanya jika penerbangan pada waktu pagi (9pg ke atas) dan tengah hari awan semuanya kelihatan putih dan amat membosankan sekali, namun pemandangan pada waktu pagi adalah berbeza sekali. lihat sahaja gambar di bawah ini ~
mENghirup uDAra LoNdon
kEJutan kOta LonDon
sampai sahaja di stesen Victoria (ala-ala KL central), terus kami mencari kaunter untuk membeli tiket oyster. tiket ini adalah untuk kegunaan semua jenis bas dan subway di sekitar kota London yang terbahagi kepada 6 zon. mujurnya hostel kami terletak di zon 2. harga tiket ini boleh dikatakan ok. namun masih mahal jika di bandingkan dengan Paris. mungkin kerana London merupakan bandar pertama di dunia yang mempunyai subway. jadinya terlebih eksklusif sedikit.
lOndOn sUBway dAn 'Londoner'
hOsTel 639 @ miLLenniUm hostel
bAs mErah dUa tINgkat
disebabkan subway yang kurang kerap untuk ke hostel (disebabkan pembaikpulihan), kami memutuskan untuk menaiki bas pula untuk ke kota London. bas nombor 52! itulah pengangkutan rasmi kami selain dari subway ~. disebabkan perasaan yang meluap-luap untuk menaiki bas merah 2 tingkat yang popular ini, terus sahaja kami menahan bas no.52 dan duduk di tingkat atas. selepas 15 min membuat bising dek kerana sibuk mengambil gambar dan memperlihatkan kejakunan terhadap bas ini.. kami akhirnya menyedari bahawa kami tersilap bas! huhu sepatutnya menaiki bas no.52 dari arah bertentangan. itulah ~ malu bertanya sesat jalan.
lOndon EyE .. bIg bEn .. lOndon bRiDge
tempat pertama yang kami lawati pada hari ini. kami berhenti di stesen Westminster dan apabila melangkah menaiki tangga terus sahaja ternampak Big Ben a.k.a House of Parliament. dan dri sni boleh dilihat dengan jelas london eye. terima kasih kepada sinaran matahari dan sang awan yang tersangat lawa pada saat ini.. menyebabkan gambar kami superb sekali. kami berjalan di sepanjang jambatan yang merentangi sungai Thames.. menuju ke arah london eye. seronok dan gembira sekali tatkala berada di sekitar sini. namun kami tidak berkesempatan untuk menaiki london eye.. mungkin di lain waktu.
kemudian.. kami berjalan pula menyusuri sungai Thames menuju ke arah london bridge dan di sepanjang walk itu bermacam-macam ragam manusia dapat dilihat. sebenarnya mereka ini boleh didapati di serata europe. mungkin ini salah satu cara mereka untuk mencari sesuap nasi. walau apa pun, kehadiran mereka di situ sememangnya mencuit hati dan perasaan. hampir sejam mengambil gambar di london bridge bergegas pula kami ke Baker Street untuk melawat madame tussauds
mAdamE tUSsauDs
4.45 petang kami sampai di pintu depan museum lilin ini. ramai juga orang yang sedang beratur. untuk pengetahuan kami menempah 'after 5 ticket' yang berharga 12.50 pound sedangkan harga asalnya ialah 25 pound. yea, separuh harga kerana kami hanya berpeluang untuk berada di dalam museum tersebut sehingga 6.45 ptg namun 2 jam ini adalah mencukupi. kesimpulannya museum ini sangat berbaloi untuk dilawati!!! bergambar bersama celebriti lilin yang terkenal di seluruh dunia. dan den sempat membeli 'sourvenier coin' yang berharga 1.01 pound. layan gambar ~
bErbuKa pUasa di loNdon .. rOyal aLbert haLL
sebaik sahaja keluar dari madame tussauds, kami berbuka puasa hanya dengan sebotol air dan sedikit coklat. semasa perjalanan di dalam bas no.52 tadi, kami lihat banyak restoren halal di sekitar london, jadinya misi sekarang ialah berbuka puasa di restoren tersebut ~ masalahnya ialah, kami semua tidak pasti di mana kedai tersebut. hampir sejam berlegar-legar di sekitar london -dengan perut yang kosong- akhirnya kami mengambil kata sepakat untuk menaiki kembali bas no.52 tersebut.
semasa dalam perjalanan, bas tersebut melalui royal albert hall. maka kami turun sebentar disitu sambil mengambil gambar kenangan - di tempat siti nurhaliza mencatat sejarah sebagai penyanyi wanita malaysia pertama membuat persembahan di Royal Albert Hall. dengan disirami cahaya lampu... albert hall tersergam indah sekali. terasa kagum sebentar ada anak malaysia berjaya sampai di sini ~. disebabkan jadual bas yang sangat kerap iaitu 3-8 minit sekali, kami tidak mempunyai masalah untuk menunggu bas dan meneruskan misi mencari restoren halal. alhamdulillah akhirnya kami terjumpa restoren 'Chicken's Cottage'. tidak pasti orang dari negara mana yang mengendalikan restoren ini namun dapat dilihat terdapat beberapa rangkaian lagi Chicken's Cottage di sekitar london.
kHabar bErita meNgejUtkAn
kami memesan set ayam 12 ketul untuk 5 orang berharga 13 pound. semasa sedang menikmati ayam tersebut.. tiba-tiba ternampak wanita muslim berkulit hitam memakai tudung duduk di belakang meja kami. maka dengan tidak membuang masa -kerana telah diwarwarkan di dalam website MASDUKE (malaysian student department of uk and eire) bahawa pada petang 29/09 boleh mengetahui tarikh raya- kami bertanya kepada mereka bilakah tarikh hari raya di london. jawapan yang diterima amatlah mengejutkan :: ESOK RAYA!!!!!
tahukah apa yang berlaku terhadap kami??? konflik ~ kerana tiket telah dibeli untuk ke oxford dan birmingham pada hari esok. ya, jadi itulah keburukan membeli tiket terlebih awal kerana sebarang perubahan akan memberi kesan yang sangat besar. semasa dalam perjalanan pulang ke hostel, otak ligat berfikir mengenai plan hari esok. dan sepanjang perjalanan pula, semua bertelagah pendapat mengatakan 'tidak mungkin esok hari raya'.. 'biasanya hari raya di london jatuh pada hari yang sama dengan malaysia'.. 'malaysia raya pada 1 oktober'.. 'raya di london mungkin disambut berbeza di mana terdapat 2x sambutan hari raya'.. haha kelakar bukan?
kami sebenarnya sangat terkejut dengan berita yang diterima kerana semua menganggap raya jatuh pada 1 oktober. ada di antara diorang yang menghantar mesej ke malaysia untuk bertanya tarikh raya di sana. sebenarnya den juga keliru sikap diorang, mana mungkin raya di london sentiasa sama dengan malaysia sedangkan tempat melihat anak bulan adalah berbeza. ya mungkin kadang kala tarikhnya sama kerana den masih ingat terdapat rancangan lintas langsung dari london di pagi raya. cuma mungkin kami tidak bernasib baik kali ini..
paNGGilan teleFon.. 'baCkup pLan'
dan sampai sahaja di hostel, kami bergegas ke kafe internet dan den telah membuat panggilan telefon ke MASDUKE sendiri untuk bertanya tentang hal tersebut. hakikat ini amat pahit untuk diterima.. di mana esok disahkan raya. sempat den bertanya soalan sengal.. 'bukankah raya di malaysia pada 1 haribulan' maka dia menjawab 'ya, tetapi kita di london mengikut negara arab di mana esok raya ~'. sewaktu keluar dari bilik panggilan IDD itu, den masih mampu mengingati wajah rakan-rakan penulis yang semuanya berdebar-debar menanti jawapan.
'wei.. esok raya la'.. itu sahaja yang mampu den ucapkan. seharusnya, khabar ini diterima dengan gembira bukan? tidak perlu berpuasa lagi esok hari. namun bagi kami, banyak lagi perkara yang perlu dilakukan ekoran perubahan mendadak ini. jadual perjalanan dirombak semula, lawatan ke birmingham terpaksa dibatalkan dan tiket pergi ke oxford perlu dibeli semula. ini bermakna terdapat kerugian yang terpaksa ditanggung.. ~ tidak apalah.. demi raya. lagipun tujuan asal adalah untuk menyambut hari raya di london. malamnya mungkin semua orang tidak tidur lena memikirkan esok RAYA!!
to be continue....
1 comment:
wawa tulis lagi.. tulis lagi.. nak baca lagi huhu..
Post a Comment