Sunday, February 22, 2009

rAYa @ lONdon (4)

02/10/2008 - lONdon dalam keNanGan

cAmden maRket ~
rancangan awal mahu keluar seawal 8 pagi kerana ada beberapa tempat yg wajib dilawati, namun akibat semua terlampau letih dah penat - kami terlajak tidur sehingga jam 7 lebih! jadi kami hanya mengikut rancangan asal iaitu pergi ke camden market pada awal pagi. dan hari ini juga kami check-out hostel dan menyimpan beg di hostel tersebut dengan harga 2 pound. iyalah tidak mungkin kami berjalan-jalan di london dengan membawa beg-beg tersebut!


memang agak murah shopping di sana.. tapi murah lagi di gerai2 di Oxford Street. hantam sajalah labu ~ di sana kami semua shopping last minute.. beli sahaja semua barang yg belum lagi dibeli. gegegeg berjaya membeli hadiah buat emak angkat - dulang dengan ukiran imej London. untuk keluarga pula sehelai kain yg sesuai digantung di rumah. bertemakan tempat menarik di London.. ok la kan?

aha.. sambil berjalan2 tiba-tiba kami disapa oleh seorang lelaki lembut gaya aw2 gitu. bersama seorang lagi lelaki yg membawa video kamera --> macam reporter tv pun ada. cube teka siapa mereka??? wawwaawa pengkritik fesyen!! tidak pasti mereka ini bertauliah atau tidak ~ yg menarik kami di tanya mengenai gaya pemakaian kami (perempuan memakai tudung). dan soalan yg ditanya itu memang berpeluh2 la kami mahu jawab. gaya nya macam bertanya kepada den aje.. terkulat2 kami menjawab.

akhir sekali dia sempat pula mengulas gaya pemakaian kami hari itu!!! huhu terkedu dibuatnya.. antara kami berlima (me, marni, muny, kyah and pei tze).. dia mengatakan topi Londoner yg baru sahaja dibeli oleh kyah: tidak sesuai dengan kyah! sempat pula dia membandingkan antara kyah dan pei tze (kerana mereka berdua membeli topi yg sama --> lihat gmba).. pei tze lebih sesuai memakai topi tersebut. haih.. hati kecil jika menjadi kyah huhu. dan dia telah memuji jacket merah yg baru saje den beli semata2 untuk pergi ke London ini.. hehe hati sangat berbunga2. dia kata.. ' i love your jacket..' berbaloi juga 35 Euro dihabiskan untuk jacket itu.. ahaha =p

ok hampir 2 jam di sana.. kam
i bergerak pula untuk tempat seterusnya Buckingham Palace


Buckingham Palace
hari ini diadakan 'Changing Guard Ceremony'. sangat loser ok jika tidak pergi. acara bermula 12 tgh hari. kami sampai di sana 12.40! hehe tapi sempat juga menyaksikan perarakan abang2 guard bertopi bulu beruang ~ memang menakjubkan, melihat umat manusia memenuhi dataran tersebut.


hampir sejam berpanas, walaupun tidak la panas sangat, kami bertolak pula pergi ke tempat semalam.. Greenwich. tidak berputus asa nampaknya kami (^^)v. dan alhamdulillah berjaya sampai di sana pada jam 3 ptg. dengan memperuntukkan masa hanya sejam, kami hanya mengambil gmba yg penting sahaja. dan juga membeli sekeping sijil aneh.. yg mengesahkan kami berada di tempat kejadian pada sekian tarikh, sekian masa. hanya 1 pound, semua berebut membeli hehe. ok la untuk dijadikan kenangan terindah kelak ~

sila baca penerangan (gmba tgh) untuk lebih faham.. ape istimewa nya tmpt ini ok?

Greenwich - 0 degree tu.. hoho

pulang ke Germany
Masa penerbangan kami ialah 8 malam.. jadi selewat2 nya perlu sampai ke airport jam 7 lebih. setelah berpenat lelah.. tergesa-gesa berlari2an.. sempat juga kami sampai di airport Stansted. dan seperti biasa kawalan ketat di check in menyebabkan den dan marni pula ditahan dan diperiksa seluruh beg pakaian kami (demm.. agak memalukan). dan perkata sengal yg berlaku adalah kami semua menyimpan angan2 untuk membeli kasut Clarks di dalam airport. ingtkan kedainya di dalam tempat check in.. sekali di luar daaa. melepas semua org huhu... itu la mungkin tidak ada rezeki kali ini. terpaksa pergi lagi ke london =p

sampai di germany hampir 11 malam. dan tidak ada train lagi untuk pulang ke hostel. jadi semua dengan lagak kayanye bersetuju untuk menaiki teksi dri airport smpi ke hostel pula tu!! melayang 17 euro huhu.. tidak mengapalah. percutian terhebat, kita akhiri dengan tambang teksi terhebat juga ~

kesimpulannya.. percutian kali ini memang menyeronokkan. sangat! mungkin kerana London ini memang dekat di hati rakyat Malaysia. hehe seriesly.. do visit London. sekarang pun air asia sudah sampai ke London (Stansted jugak.. ) jadi ape lagi. moh le kite ke London

di depan Buckingham Palace

4 comments:

m a r n y m a s u a n said...

bler masenye wat entry ni?
haha
msty ko x tdo mlm babe.

ingt ko ek 17euro nek cab
haha
layan~
pfenat gler k.
kalo bole nak smpi gak bilik mlm tuh.huhu

jOan of arc said...

haha

this one i draft long time ago babe.. just published.

hehe klu tak mmg ak tak ingt de sume detail nih. agagagaga

haha

kimot said...

betul2...dia buat entry byk2..save...pastu baru publish hahaha..

kemain woi..da balik jerman baru aktif semula ke blog ko?? kes3

Erin Rashid said...

nnt b4 blk msia
ingt nk bercuti kt london
nnt rujuk leh naj gak tntg sana k