Saturday, February 14, 2009

rAYa @ lONdon (3)

amaran dari pihak berkuasa:: entry ini mungkin mempunyai unsur-unsur meletihkan dan juga memenatkan untuk dibaca. jika letih, sila berehat sebentar dan makanlah KITKAT. dan jika mengantuk sila berhenti di R&R yang berdekatan. bacalah dengan selamat, jiwa pasti selamat ~


01/10/2008 - iMpian terLaksAna

oXford stReet - syurga membeli belah
hari ini merupakan hari raya di malaysia.. jadi selepas bersiap-siap kami semua mengambil kesempatan untuk menelefon keluarga masing-masing untuk mengucapkan selamat hari raya ~. keluarga den pada ketika itu baru sahaja sampai ke tempat percutian. disebabkan tahun ini tidak pulang ke kampung halaman (Kelantan), mereka semua telah mengambil peluang untuk pergi bercuti selama 3 hari 2 malam. begitulah lebaran kami, amat membosankan sebenarnya jika beraya di putrajaya sahaja. sekali-sekala memerlukan persekitaran yang baru.. huhu cuma tahun ini bezanya ada seorang tidak dapat pulang beraya.

selepas sarapan pagi, kami keluar dari hostel jam 9.30 pagi. rancangan hari ini ialah membeli belah di oxford street - kawasan membeli belah terkemuka di london. pada mulanya kami membayangkan kawasan ini akan dipenuhi dengan gerai-gerai kecil yang menjual cenderahati namun kecewa sekali kerana gerainya hanyalah 3-4 buah sahaja di sepanjang jalan ini. kemudian barulah den faham, kenapa oxford street ini sangat popular. ianya adalah campuran kawasan membeli belah jenama yang terkemuka di eropah. dapat dilihat banyak jenama pakaian yang terkemuka seperti mark&spencer, miss selfridges, la senza, dorothy perkins, zara, benetton.. dan banyak lagi. hampir 300 buah kedai semuanya....



tetapi kami bukanlah mahu membeli belah di kedai tersebut.. hanya mencari kedai cenderahati sahaja kerana hari ini sudah masuk hari ke-3 dan belum lagi membeli apa-apa. memang agak luar biasa sekali. hampir 3 jam meluangkan masa.. hasilnya semua orang membawa beg plastik ahahaha dan den sendiri membeli 2 helai baju yang tertera ' i love london'. satu untuk iman (wajib membeli baju untuk si kecil ini di setiap negara yang dilawati) dan satu untuk diri sendiri. cenderahati lain keychain, 'fridge magnet', glob (koleksi peribadi yg ke-7) dan lukisan london bridge. dapat disimpulkan harga cenderahati di gerai di oxford street ini sangat murah. tips - sila beli di gerai.. bukannya di dalam kedai ~


somewhere at oxford street ~


aksi slumber dlm kedai.. pfeloh2 jgk time nk snap nih

england supporters??

sTesen kIng cRoss.. pLatform 9 3/4
sekali lagi buat peminat HP.. ingatkah anda kepada platform 9 3/4? pintu di mana harry masuk ke dunia magisnya. tahniah diucapkan kepada pihak stesen king cross yang begitu peka terhadap kegilaan peminat HP. mereka telah membuat satu kawasan khas di mana tertera tulisan 'Platform 9 3/4' dan yang paling kelakar bagi den terdapat troli yang 'masuk' ke dalam dinding platform tersebut. jadi lihat sahaja aksi gila kami ~





staDiUm eMirates ~ aRsenaL tour
lawatan yang ditunggu-tunggu.. masuk ke stadium arsenal iaitu stadium emirates. buat pengetahuan den adalah kipas-susah-mati 'die hard fan' arsenal. mujurlah berkongsi minat yang sama bersama kyah. jadi kami berdua sememangnya tidak mahu melepaskan peluang masuk ke stadium ini untuk melihat dengan lebih dekat pasukan kegemaran kami. dan yang sangat kagum adalah keinginan marni (bukan peminat bola) yang turut bersama ingin masuk ke dalam stadium ini.. alasannya - ingin mengambil gambar di dalam stadium. ya itulah impian beliau sebagai seorang jurugambar amatur. oppps sudah amaturkah kita? atau masih beginner? hehe wallahualam. dan bagi muny, pei tze dan joo e pula mereka ke muzium british sementara menunggu kami habis.



tiket lawatan ini telah dibeli terlebih dahulu secara online.. 12 pound seorang untuk lawatan pada jam 2.oo petang. sebenarnya kami agak cemas seketika kerana pada jam 1.45 baru bergerak menuju ke stadium padahal tempatnya agak jauh dari stesen yang kami turun. dengan membawa makanan tengah hari -set ayam goreng bersama kentang- berlarian kami di dalam hujan menuju ke stadium. bernasib baik.. lawatan belum lagi bermula dan kami bukanlah orang yg terakhir sampai di situ. agak terkejut kerana terdapat 4-5 orang malaysia turut serta di dalam lawatan tersebut. seperti biasa.. tidaklah kami bertegur sapa. hanya berbalas senyuman sahaja ~


lawatan ke arsenal ini sangat memberi kesan dan merupakan lawatan yang terbaik sepanjang di london ini. mungkin kerana minat yang begitu mendalam dan impian dari dulu ingin menjejakkan kaki ke stadium emirates. lawatan selama hampir 2 jam ini sangat berbaloi dengan harganya itu. jadi kepada peminat bola sepak di luar sana, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke stadium kesukaan anda. peluang hanya datang sekali seumur hidup, jadi manfaatkan lah dengan sepenuhnya. mungkin juga nasib kami kerana meminati arsenal yang terletak di dalam london. jika anda peminat liverfool mahupun setan merah mungkin terpaksa berfikir 2,3x kerana jarak yang agak jauh dari london memakan masa 4-5 jam perjalanan ~ antara pasukan bola sepak lain yang terletak di dalam london ialah chelsea, tottenham hotspurs, west ham dan fulham.



pErjaLanaN sIa-siA ~
6 petang, kami ke Greenwich.. tempat terakhir untuk dilawati hari ini. jaraknya agak jauh dari kota london. 30-45 minit perjalanan dan terletak di zon 3. kami telah berjanji untuk berjumpa dengan muny dan pei tze di sana.. sementara joo e pula membawa haluannya sendiri ke madame tussauds dan ke tempat-tempat lain yang kami telah lawati. sampai di sana sudah jam 7 petang dan agak mengecewakan kerana tempat tersebut ditutup jam 7! memang sia-sia bukan? jadi kami pulang semula ke london dan pergi berjalan-jalan di london bridge, big ben dan london eye untuk melihat suasana pada waktu malam. memang indah sekali..






maLam pEnuh kOnfliK
sekali lagi malam ini kami membuat plan untuk makan malam bersama hock dan razmi. kami menunggu di london bridge dan hasilnya ~ janji tinggal janji kerana mereka tiba agak lewat di sana sedangkan kami sudah mahu bertolak pulang ke hostel. perkara yang sama terjadi kepada joo e dimana kami berjanji mahu pulang bersama namun dia MIA (missing in action). telefon tidak dijawab dan mesej tidak dibalas. sudahlah perempuan, berseorangan pula di kota london ini. sememangnya kami risau dengan keadaan dia. ketika di dalam bas, joo e telah menelefon dan memberitahu kami untuk balik dahulu ke hostel. dia akan balik menaiki subway jam 12 nanti kerana sekarang dia berada bersama razmi dan hock di london bridge! haih.. budak ini.. hantam sajalah labu ~

tetapi kami ada juga terfikir adakah subway sehingga jam 12 nanti? namun kami berharap razmi dan hock akan menghantar joo e sehingga ke hostel kami. sampai di hentian bas.. kami berlima makan malam lagi di restoran yang sama. kali ini mereka semua memesan fish and chips (f&c) dan den pula mahu mencuba burger ayam. memang f&c sangat popular di london! namun di restoran ini f&c tidak disediakan bersama 'gravy'nya maka bagi den jika setakat f&c itu dimakan bersama sos dan mayonis baik tak payah ~. tidak dinafikan memang sedap makanan di restoran ini. harus cuba! tetapi den tidak pernah pula ambik tahu nama restoran ini apa ya. huhu yang pasti dekat dengan hostel kami dan berhampiran (5 minit) dengan pintu masuk tanah perkuburan! opps sila abaikan bab ngeri itu ya.. yang pasti memang sedap ~ :p

1 comment:

Me N.a.Z.n.E.e.M said...

najwa..kamoo suke lagi lady gaga??hahaha