Friday, February 24, 2012

purplelicious

current crush : purple


actually dari dulu memang tak tau nak minat warna apa. dan di sebabkan warna biru terlalu mainstream jadi saya suka banyak warna pelik seperti warna kelabu, hitam, hijau muda dan sebagainya.

ingat lagi masa sekolah menengah, kami geng berlapan semua ada warna kegemaran. atiyah dengan jingga (oren), aniah dengan merah jambu, alia dengan coklat, nadiah dengan kuning, dan bagi kami - faezah, liana and myself dengan warna biru. okay shet lupa syaila punya warna kegemaran apa.. kena tanya balik.

tapi bila saya minat warna biru tidak bermakna semua barang saya warna biru.. tidak tidak tidak. sebab nya saya tidak memilih warna. asal cantek je bedal. contohnya pencil case saya yang masih setia saya pakai dari zaman universiti dulu (brand radioactive) warna coklat kehijauan hehs sebab saya rasa dia sangat lah cantik owh. now dah bertahun pakai.. siap sempat pergi jerman dua kali lagi pencil case tu. time kerja pun dia sentiasa ada huu i lap u

lepas tu purse saya pula. warna kuning hua3 tapi sangat lah comot. yela tu susah pakai warna terang ni cepat kotor. tu pun dah lama juga la pakai dari tahun 2009 (brand united colors of benetton) insya allah lepas ni nak bertukar ke purse fossil pula. tapi masih mencari lagi yang sesuai

dari segi pakaian pula.. owh shet saya jarang2 beli baju pun. i know loser kan. tapi macam dulu2 suka beli baju warna coklat. dan hasilnya adalah sweater coklat, blouse coklat, seluar coklat. ah itu zaman degree dulu rasanya.

okay sekarang.. baru nak masuk cerita pasal tajuk post hari ini iaitu purple aka ungu. semenjak december tahun lepas saya rasa purple tu cantek sangat. jadi masa saya pergi ke UK saya sempat beli 2 helai baju yang sangat purple hehs kemudian dua hari lepas saya beli pula 2 jacket yang juga sangat purple.

ada masa nanti saya upload la my purplelicious heh



okay tschuss.. ^^

No comments: