Saturday, January 24, 2009

rAYa @ lONdon (1)

amaran dari pihak berkuasa:: entry ini mungkin mempunyai unsur-unsur meletihkan dan juga memenatkan untuk dibaca. jika letih, sila berehat sebentar dan makanlah KITKAT. dan jika mengantuk sila berhenti di R&R yang berdekatan. bacalah dengan selamat, jiwa pasti selamat ~


28/09 (Ahad) - sehari sebelum tarikh penerbangan

hAri yaNg mEmeNatkan
sibuk membuat persiapan terakhir untuk perjalanan nanti. jadual perjalanan selama 4 hari yang telah dirancang perlu di cetak (huh sudah lama tidak menggunakan perkataan cetak wahahaha). bayangkan pada pukul 4 petang -perlu bertolak jam 8.40 malam- den masih belum lagi mengemaskan beg! di atas katil, selonggok baju yang perlu di gosok termasuk lah baju raya yang akan dipakai nanti tersedia menanti. memang memenatkan.. petang tersebut bergegas pula ke dapur untuk memasak juadah berbuka puasa dan sedikit bekalan untuk bersahur nanti.

owh yea buat pengetahuan semua, penerbangan kami adalah pada pukul 6.50 pagi jadi kami bertolak pada malamnya untuk tidur di airport. kerana selepas jam 12 sehingga jam 5 pagi tiada pengangkutan awam yang beroperasi. sungguh sadis ~.. jadinya jam 8.40 malam kami bergerak menuju ke hentian bas, kira-kira 10 minit perjalanan. kemudian menaiki pula keretapi, bas dan akhir sekali terpaksa menelefon teksi kerana sesat di akhir perjalanan. huhu itulah dugaan pertama barangkali. sedikit kesilapan teknikal tetapi selamat jua sampai di Lapangan Terbang Weeze, Dusseldorf jam 12 mlm.

29/09 (Isnin) - London... kami datang!

pEnanTian itu sATu peNyEKsaan ~
sementara menunggu lebih kurang 6 jam lagi, apakah agaknya yang kami lakukan? ya, tidak lain tidak bukan - tidur di atas kerusi yang keras lagi menyakitkan badan.. sigh ~ keadaan di dalam airport itu agak menyejukkan namun den telah bersedia dengan memakai 'long john' dan jaket panjang. terasa masa berlalu terasa amat perlahan sekali!!! setiap kali melihat jam, baru 5 minit berlalu. begitulah seterusnya ~ mungkin berpuluh-puluh kali den melihat jam akhirnya tibalah waktu yang ditunggu-tunggu. sebelum itu sempat juga bersahur dengan bekalan yang ada

semasa di kaunter 'check in', dugaan kedua pula datang. sememangnya satu cabaran ketika men'check in'kan diri untuk penerbangan tambang rendah RyanAir ini. di paris dulu juga sama. kali ini salah seorang dari kami di tahan kerana tidak meletakkan cecair di dalam plastik yg lutsinar. kemudian dia dipaksa untuk membeli plastik tersebut yang berharga 1 euro (murah sahaja) namun sebenarnya plastik itu boleh didapati secara percuma di airport London. bengang bukan? malahan ada juga rakan lain yang tidak meletakkan bahan cecair tersebut di dalam plastik, termasuk den sendiri namun kami semua terlepas. haih ~!

pEnerBangan tErinDah di wAkTu paGi
ini merupakan pertama kali den menaiki kapal terbang di waktu pagi dan berpeluang untuk melihat cahaya matahari terbit di ufuk timur. subhanallah, pemandangan yang sangat cantik dan tak terucap dengan kata-kata. melihat awan ibarat sebuah lautan yang sangat indah ~ sesungguhnya satu pengalaman yang amat luar biasa sekali. biasanya jika penerbangan pada waktu pagi (9pg ke atas) dan tengah hari awan semuanya kelihatan putih dan amat membosankan sekali, namun pemandangan pada waktu pagi adalah berbeza sekali. lihat sahaja gambar di bawah ini ~




mENghirup uDAra LoNdon
awal 10 minit dari waktunya, kami selamat mendarat di lapangan terbang Stansted, London. jam menunjukkan pukul 7.00 pagi, kami masih mempunyai satu jam sebelum menaiki bas -dari Stansted ke kota London pula memakan masa selama 1jam 30minit-. sepanjang perjalanan dihabiskan dengan tidur sahaja gara-gara tidak cukup tidur pada waktu malamnya. buat pengetahuan tiket bas itu sudah kami beli awal-awal lagi secara 'online'. satu tips buat semua pelancong - seeloknya tiket itu dibeli terlebih dahulu untuk mengelakkan caj berlebihan semasa membeli secara tunai di kaunter. namun ada juga keburukannya ~ nanti cerita ok.


kEJutan kOta LonDon
semasa memasuki kota London -masih di dalam bas sebelum sampai ke stesen Victoria- den berpeluang melihat london eye, tower bridge dan westminster abbey (gereja). namun satu perkara yang amat mengejutkan ialah kepadatan kota tersebut! bangunan di kiri kanan.. campuran rekaan baru dan lama. sungguh memeningkan kepala dan kelihatan agak 'comot'. tetapi ada sesuatu yang menarik perhatian den; teksi-teksi London yang sangat unik rupa bentuknya. nah.. comel bukan?



tIKet oYstEr
sampai sahaja di stesen Victoria (ala-ala KL central), terus kami mencari kaunter untuk membeli tiket oyster. tiket ini adalah untuk kegunaan semua jenis bas dan subway di sekitar kota London yang terbahagi kepada 6 zon. mujurnya hostel kami terletak di zon 2. harga tiket ini boleh dikatakan ok. namun masih mahal jika di bandingkan dengan Paris. mungkin kerana London merupakan bandar pertama di dunia yang mempunyai subway. jadinya terlebih eksklusif sedikit.


bagaimana tiket ini berfungsi? ianya adalah seperti kad yang boleh ditambah nilai (macam touch n go) cume bezanya ialah apabila kita melepasi satu tahap maksimum iaitu 4.80 pound sehari, maka perjalanan yang seterusnya adalah percuma. maknanya harga yang perlu dibayar sehari hanyalah 4.80 pound JIKA perjalanan tersebut adalah selepas jam 9.30 pagi dan tertakluk kepada zon-zon tertentu. jika anda bertolak keluar seawal jam 6 pagi mahupun jam 9.29 pagi maka anda perlu membayar 6.80 pound. kami rata-rata membayar 10 pound dahulu -3 pound untuk deposit kad dan 7 pound untuk tambah nilai-


lOndOn sUBway dAn 'Londoner'
disebabkan canggih yang keterlaluan, kadang-kadang den berasa emo dengan subway di London ini. jikalau di Malaysia, laluan LRT hanya 2 sahaja (Kelana Jaya dan Ampang), di London pula berbelas-belas laluannya! boleh bayangkan? memang bersimpang siur + jarak perjalanan yang agak jauh untuk bertukar ke laluan yang lain. namun yang menariknya adalah apabila melangkah masuk ke dalam subway ini dan melihat gelagat Londoner. sungguh mengagumkan! segak bergaya dan cantik menawan. sememangnya kota yang paling menawan.


kiri: subway london.. sangat selesa ~ kanan: laluan subway.. pfening2

gaya Londoner yang fashionable.. sofistikated.. eksklusif.. mengalahkan gaya Jermanian yang selekeh.. comot.. busuk (itulah kebenarannya =p). Londoner sangat peramah malah kebanyakannya adalah jejaka kacak! 'dan tidak dinafikan Malaysian yang tinggal di London amat berlagak sekali. mungkin kerana terlalu ramai Malaysian di London jadinya apabila terserempak mereka hanya memandang sekilas. senyum pun tidak sama sekali ~ haih.. ingatlah di mana bumi di pijak wahai manusia sekalian (+_+) - ini rumusan dari den selepas 4 hari di london'


hOsTel 639 @ miLLenniUm hostel
hampir jam 11.30 pagi, kami sampai di tempat penginapan. hostel ini bagi 3 bintang kerana di dalam bilik itu terdapat bilik mandi beserta sinki. cuma tandas sahaja yang dikongsi bersama. namun 3 buah katil dua tingkat di bilik itu sedikit tidak selesa, ditambah pula dengan tekanan air yang rendah di bilik mandi. yang paling menyeramkan adalah pemandangan di luar tingkap bilik kami adalah sebuah tanah perkuburan kristian sepanjang 700 yard ~ 640 m. alhamdulillah tiada apa yang berlaku, mungkin kerana kami semuanya tidur mati barangkali.

hostel ini mempunyai kemudahan kafe internet, bilik tv, panggilan IDD ke luar negara, tempat menyimpan barang... banyak lagi dan juga sarapan pagi percuma. dengan harga 10 pound semalam den sangat berpuas hati sebenarnya. penjaga kaunter hostel memberikan layanan yang sangat baik dan sering membantu kami di kala kebuntuan (membuktikan Londoner memang peramah, tidak seperti Jermanian yang sangat sombong). ok kemudian selepas sejam bersiap-siap, kami sedia untuk menjelajah kota London!


bAs mErah dUa tINgkat


disebabkan subway yang kurang kerap untuk ke hostel (disebabkan pembaikpulihan), kami memutuskan untuk menaiki bas pula untuk ke kota London. bas nombor 52! itulah pengangkutan rasmi kami selain dari subway ~. disebabkan perasaan yang meluap-luap untuk menaiki bas merah 2 tingkat yang popular ini, terus sahaja kami menahan bas no.52 dan duduk di tingkat atas. selepas 15 min membuat bising dek kerana sibuk mengambil gambar dan memperlihatkan kejakunan terhadap bas ini.. kami akhirnya menyedari bahawa kami tersilap bas! huhu sepatutnya menaiki bas no.52 dari arah bertentangan. itulah ~ malu bertanya sesat jalan.


lOndon EyE .. bIg bEn .. lOndon bRiDge

Big Ben @ House of Parliament

tempat pertama yang kami lawati pada hari ini. kami berhenti di stesen Westminster dan apabila melangkah menaiki tangga terus sahaja ternampak Big Ben a.k.a House of Parliament. dan dri sni boleh dilihat dengan jelas london eye. terima kasih kepada sinaran matahari dan sang awan yang tersangat lawa pada saat ini.. menyebabkan gambar kami superb sekali. kami berjalan di sepanjang jambatan yang merentangi sungai Thames.. menuju ke arah london eye. seronok dan gembira sekali tatkala berada di sekitar sini. namun kami tidak berkesempatan untuk menaiki london eye.. mungkin di lain waktu.

London Eye ~


:: London Bridge ::

kemudian.. kami berjalan pula menyusuri sungai Thames menuju ke arah london bridge dan di sepanjang walk itu bermacam-macam ragam manusia dapat dilihat. sebenarnya mereka ini boleh didapati di serata europe. mungkin ini salah satu cara mereka untuk mencari sesuap nasi. walau apa pun, kehadiran mereka di situ sememangnya mencuit hati dan perasaan. hampir sejam mengambil gambar di london bridge bergegas pula kami ke Baker Street untuk melawat madame tussauds



mAdamE tUSsauDs

4.45 petang kami sampai di pintu depan museum lilin ini. ramai juga orang yang sedang beratur. untuk pengetahuan kami menempah 'after 5 ticket' yang berharga 12.50 pound sedangkan harga asalnya ialah 25 pound. yea, separuh harga kerana kami hanya berpeluang untuk berada di dalam museum tersebut sehingga 6.45 ptg namun 2 jam ini adalah mencukupi. kesimpulannya museum ini sangat berbaloi untuk dilawati!!! bergambar bersama celebriti lilin yang terkenal di seluruh dunia. dan den sempat membeli 'sourvenier coin' yang berharga 1.01 pound. layan gambar ~


bErbuKa pUasa di loNdon .. rOyal aLbert haLL
sebaik sahaja keluar dari madame tussauds, kami berbuka puasa hanya dengan sebotol air dan sedikit coklat. semasa perjalanan di dalam bas no.52 tadi, kami lihat banyak restoren halal di sekitar london, jadinya misi sekarang ialah berbuka puasa di restoren tersebut ~ masalahnya ialah, kami semua tidak pasti di mana kedai tersebut. hampir sejam berlegar-legar di sekitar london -dengan perut yang kosong- akhirnya kami mengambil kata sepakat untuk menaiki kembali bas no.52 tersebut.

semasa dalam perjalanan, bas tersebut melalui royal albert hall. maka kami turun sebentar disitu sambil mengambil gambar kenangan - di tempat siti nurhaliza mencatat sejarah sebagai penyanyi wanita malaysia pertama membuat persembahan di Royal Albert Hall. dengan disirami cahaya lampu... albert hall tersergam indah sekali. terasa kagum sebentar ada anak malaysia berjaya sampai di sini ~. disebabkan jadual bas yang sangat kerap iaitu 3-8 minit sekali, kami tidak mempunyai masalah untuk menunggu bas dan meneruskan misi mencari restoren halal. alhamdulillah akhirnya kami terjumpa restoren 'Chicken's Cottage'. tidak pasti orang dari negara mana yang mengendalikan restoren ini namun dapat dilihat terdapat beberapa rangkaian lagi Chicken's Cottage di sekitar london.


kHabar bErita meNgejUtkAn
kami memesan set ayam 12 ketul untuk 5 orang berharga 13 pound. semasa sedang menikmati ayam tersebut.. tiba-tiba ternampak wanita muslim berkulit hitam memakai tudung duduk di belakang meja kami. maka dengan tidak membuang masa -kerana telah diwarwarkan di dalam website MASDUKE (malaysian student department of uk and eire) bahawa pada petang 29/09 boleh mengetahui tarikh raya- kami bertanya kepada mereka bilakah tarikh hari raya di london. jawapan yang diterima amatlah mengejutkan :: ESOK RAYA!!!!!

tahukah apa yang berlaku terhadap kami??? konflik ~ kerana tiket telah dibeli untuk ke oxford dan birmingham pada hari esok. ya, jadi itulah keburukan membeli tiket terlebih awal kerana sebarang perubahan akan memberi kesan yang sangat besar. semasa dalam perjalanan pulang ke hostel, otak ligat berfikir mengenai plan hari esok. dan sepanjang perjalanan pula, semua bertelagah pendapat mengatakan 'tidak mungkin esok hari raya'.. 'biasanya hari raya di london jatuh pada hari yang sama dengan malaysia'.. 'malaysia raya pada 1 oktober'.. 'raya di london mungkin disambut berbeza di mana terdapat 2x sambutan hari raya'.. haha kelakar bukan?

kami sebenarnya sangat terkejut dengan berita yang diterima kerana semua menganggap raya jatuh pada 1 oktober. ada di antara diorang yang menghantar mesej ke malaysia untuk bertanya tarikh raya di sana. sebenarnya den juga keliru sikap diorang, mana mungkin raya di london sentiasa sama dengan malaysia sedangkan tempat melihat anak bulan adalah berbeza. ya mungkin kadang kala tarikhnya sama kerana den masih ingat terdapat rancangan lintas langsung dari london di pagi raya. cuma mungkin kami tidak bernasib baik kali ini..


paNGGilan teleFon.. 'baCkup pLan'
dan sampai sahaja di hostel, kami bergegas ke kafe internet dan den telah membuat panggilan telefon ke MASDUKE sendiri untuk bertanya tentang hal tersebut. hakikat ini amat pahit untuk diterima.. di mana esok disahkan raya. sempat den bertanya soalan sengal.. 'bukankah raya di malaysia pada 1 haribulan' maka dia menjawab 'ya, tetapi kita di london mengikut negara arab di mana esok raya ~'. sewaktu keluar dari bilik panggilan IDD itu, den masih mampu mengingati wajah rakan-rakan penulis yang semuanya berdebar-debar menanti jawapan.

'wei.. esok raya la'.. itu sahaja yang mampu den ucapkan. seharusnya, khabar ini diterima dengan gembira bukan? tidak perlu berpuasa lagi esok hari. namun bagi kami, banyak lagi perkara yang perlu dilakukan ekoran perubahan mendadak ini. jadual perjalanan dirombak semula, lawatan ke birmingham terpaksa dibatalkan dan tiket pergi ke oxford perlu dibeli semula. ini bermakna terdapat kerugian yang terpaksa ditanggung.. ~ tidak apalah.. demi raya. lagipun tujuan asal adalah untuk menyambut hari raya di london. malamnya mungkin semua orang tidak tidur lena memikirkan esok RAYA!!

to be continue....

Monday, January 19, 2009

get ready!!!

i think i owe lots of story to my blog.. today will release some of it.. RAYA @ LONDON. i'll schedule the post 1 per week.. so got 4 total of them :)

haha dgn harapan akan mengubat rindu kalian... LOL.





ok t.care

Thursday, January 15, 2009

i'm home!!!!!!!!!!!!!!!!

alhamdulillah smpi mesia dengan selamatnya.... :)

sorry don't really have much time to update with my blog. insya allah later on..
ok had fun everyone.. take care

p/s: LOL the shortest entry ever!! (told you, i don't have time for this... ) =p

Saturday, January 3, 2009

huff... i'm sux!!

its 12.19 in the morning

this is the 4/5th night i'm going to stay up.. lol.. not because doing my thesis but playing s***** game PET SOCIETY (PS)!!

gggrrrrrrr... really addicted to it. mmg nak kne belasah bertubi2 kot. i'm putting aside lots of thing since i join the PS forum.

thesis.. email.. fbook pun kne ignore gak.. and yg plg sedih.. i'm ignoring MY BLOG!! agagagaga. the worst case was i stayed up and sleep after subuh. then bgn tido fes thing mesti buka forum!! gosh, this must be stop!! lagi kronik siap xsmpt makan sume.. i think i'm going to loose some weight. hari ni baru mkn yogurt jek ngan choco milch!! (+_+)

klu marni tau mesti kne marah ahahah (saje nk ade unsur gay kat sni).. and now lapa giler, mcm nk pegi bakar pizza... yerp kol 1 pagi baka pizza. mmg xpnah dibuat org. xpe la.. najwa nak buat ~ need energy to stay up tonight.

mlm ni bukan nk main pet ok.. tpi kne buat thesis.. OMG abes la den!! really slow. mcm dah give up sbnanye wat thesis ni. sbb xdek mood and xdek mende yg push tuk cpat siap huhu. and then lagi 8 hari nk balik mesia, still xkemas ape pun. kan dah ckp.. i'm sux!!

what am i doing every day!!! lallalallala tu la mcm nak slap myself hundreds time, bole tak? wuuuuuu ok la gtg.. nnt i'll update you pasal new year. nak wat post pasal new year sbnanye. sob sob tpi pet nye pasal.. langsung den xhirau blog ni.

ritu kterg g smbut new year kat cologne.. yer.. sila cari dlm map ok? mmg best gileerrrrrrrrrr!!!
nnt cte :)