Monday, September 15, 2008

kiRiman dari kEluarga ... (^_^)

sudah seminggu masa berlalu... sejak keluarga tercinta mengirimkan bungkusan dari Malaysia. hati gundah dan gelisah memikirkan bila agaknya kiriman tersebut akan sampai. risau juga kalau tersalah alamat (tahun lepas rakan penulis mengirim kad raya.. sampai tahun ini tak sampai-sampai. sah salah alamat (+_+).. huhu)

pagi tadi apabila penulis memeriksa peti surat.. hati melonjak gembira kerana kad merah yang ditunggu-tunggu sudah sampai. untuk pengetahuan kad merah ini menandakan terdapat kiriman untuk anda. ianya harus dibawa ke pejabat pos berdekatan beserta dengan passport untuk menuntut kiriman tersebut.

maka petang tadi sekitar jam 5.30 petang, penulis berasa amat bersemangat untuk mengambil kiriman tersebut walhal pada kad merah itu ada menyatakan tarikh untuk mengambil kiriman tersebut adalah esok. tetapi.. pedulikan sahaja. malas penulis nak fikir huahuahua jadi dengan hari sedikit risau masuklah penulis ke pejabat pos berkenaan.

apabila melihat muka penjaga-penjaga di kaunter, kerisauan semakin memuncak. "aihh bolehkah ambil bungkusan ini hari ini" berkata penulis dalam hati. lalu untuk mengurangkan kerisauan, penulis berpura-pura membelek barang di dalam pejabat pos berkenaan. sambil-sambil mencari kertas A4 (lakonan yang sangat berkesan).

lalu dengan muka yang penuh keyakinan.. penulis pun melangkahkan kaki menuju ke kaunter. (setelah 5 minit menilik-nilik kertas A4 yang tidak mahu dibeli). kad merah diserah.. dan penulis hanya menunggu sahaja ayat daripada penjaga kaunter itu untuk menyuruh penulis balik dan kembali semula esok.

tetapi sebaliknya berlaku!!! penjaga kaunter tersebut terus sahaja masuk ke dalam dan keluar bersama bungkusan tersebut. alhamdulillah.. berjaya (^_^). dan sempat pula mereka di kaunter tersebut (3 orang) berborak-borak mengenai bungkusan penulis. mereka terkejut melihat setem yang penuh di keliling kotak tersebut. penulis pun terkejut sama sebenarnya.

kemudian penulis berkata... "yelah.. sebab ianya berharga RM164". bolehkan pembaca bayangkan, setem sebanyak itu? sungguh kelakar bukan. ini adalah pertama kali penulis mendapat kiriman dari keluarga setelah hampir setahun disini. jadinya penulis pun tidak tahu mengenai hal ini. tapi perkara itu memang menarik minat penjaga kaunter disitu.

ahahaha penulis gelak sendirian sahaja. dan dalam perjalanan pulang di dalam bas, penulis dengan tidak sabar-sabar membuka bungkusan tersebut. memang agak gelabah.. semata-mata untuk melihat khabar kuih tart nenas yang dikirim. owh sebenarnya penulis hampir pitam tadi apabila melihat kotak dari pos malaysia itu macam tidak serupa kotak ~.

kotak segiempat itu sudah bertukar bentuk menjadi trapezium! biasalah kotak dicampak-campak. memang sungguh kureng mereka ini. itulah yang membuatkan penulis tidak senang duduk, mahu cepat-cepat saja membuka kotak itu. nasib baik kuih-kuih tersebut masih ada rupa kuih. cuma kuih tart saja yang pecah-pecah sedikit.

isi dalam bungkusan tersebut :



kad raya dari keluarga dan hasil kreativiti dari iman. benda ini pun terpilih untuk dipos??.. haih. kak su tahu adik sudah darjah 2 hehe.



milo.. sudah lama kehabisan stok ini. dan sebelah ini adalah ubat membunuh semut ahahaha nanti akan ada entry kisah penulis dan semut



dan inilah 2 perkara utama yang penulis mahu.. baju raya dan kuih raya!! itu ada 2 kuih tart dan almond london.


nyum2.. baru sahaja makan kuih tart yg ke-3. alamatnya nanti sebelum raya sudah habis kuih-kuih ini.. huhu. jadi itu sahajalah kisah hari ini. sangat seronok dan gembira dapat kiriman ini. baju raya itu sangat lawa.. ungu 'plain' bersama manik-manik dan sudah dicuba tadi (^^)v hehe. mungkin ini adalah bungkusan yang pertama dan terakhir barangkali. wallahualam

2 comments:

Unknown said...

cantiknyer baju raye... :)
sy xde bj raya lagi nih...
huhu

jOan of arc said...

xpe2.. smpt lgi. de lagi 13 hari b4 raye. :p

bese mesti beli yg ready made ke? hoho