di saat esok bakal menempuh satu kertas peperiksaan, fikiran bercelaru memikirkan perancangan masa hadapan. ya Allah ko hindarilah daku dari membuat perkara sia-sia, ya Allah ya Tuhanku.
fikiran kini tidak mampu untuk memberi sepenuh perhatian terhadap kertas-kertas tutorial dan kuliah yang bertaburan di atas meja. ya Allah apakah yang berlaku kepada hambamu ini?!
hanya mampu meluahkan perasaan dengan menulis di laman blog ini.. apa sebenarnya yg ak mahu dalam hidup ini? kecelaruan hidup yg ku maksudkan adalah kerana beberapa perkara yg secara tiba-tiba menggangu perancangan hidupku.
mengikut perancangan ku...
1)setelah habis peperiksaan, mahu cepat-cepat menghabiskan tesis. dan juga dengan harapan lulus semua peperiksaan. maka dengan ini, ak akan bebas dan alhamdulillah berjaya menghabiskan degree ku akhir tahun ini. dan selepas itu mahu bekerja sambilan untuk mengumpul duit untuk "eurotrip". insyaallah pada bulan 3 atau 4 dengan bajet 1000 euro. kemudian ak ingin mencari kerja sebagai jurutera di Jerman, atau mungkin di London atau di mana sahaja asalkan di luar negara.
2)namun perkara di atas adalah bergantung kepada permohonan kerja yg baru sahaja dihantar 3 minggu lepas kepada INFINEON. sebuah syarikat antarabangsa yg menyediakan satu prgoram khas kepada pelajar lepasan ijazah di luar negara (International Graduate Programm-IGP). senyap-senyap ak telah menghantar permohonan kepada HR syarikat tersebut dengan harapan berjaya ditemuduga untuk kemasukan tahun hadapan. itu juga bergantung kepada keputusan peperiksaan dan tesisku. jikalau semuanya alhamdulillah lulus maka tiada halangan untuk ku menerima tawaran tersebut (jikalau berjaya). namun akibatnya terpaksa melupakan "eurotrip" kerana ianya bakal mengambil masa hampir 3 minggu (mengikut perancangan kami). tidak mungkin pula pada pertengahan bulan 3 atau 4 tiba-tiba sahaja ak mengambil cuti untuk "eurotrip". sungguh tidak logik bukan? untuk pengetahuan IGP ini bakal mengambil masa selama 18 bulan untuk melatih kami dengan suasana kerja di peringkat antarabangsa.
3)akan tetapi, tiba-tiba sahaja mendapat gangguan baru. iaitu untuk melanjutkan pelajaran dalam peringkat sarjana kemasukan musim sejuk nanti. ini juga satu masalah berat, yg membuat ku celaru untuk membuat keputusan. sesungguhnya peluang itu hanya datang sekali dalam seumur hidup. sekarang jalannya sudah terbentang luas untuk menyambung sarjana. dan semuanya nampak dipermudahkan yg Esa kerana jika tesis tidak dapat dihabiskan sehingga hujung tahun ini kami masih mempunyai peluang sehingga februari depan. dah angan-anganku adalah untuk membuat "double master" itu pun jika ditawarkan di UKM. mungkin setahun di sini dan setahun di Malaysia. namun, masalahnya adalah ak harus mempunyai kerja sambilan untuk menyara hidupku dan pelajaran sarjanaku. sudah malas untuk menyusahkan keluarga ku mengirim wang untuk ku. cukuplah pengorbanan mereka selama ini.
jika ak mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran, maka berkecailah harapanku untuk bekerja di luar negara sebagai seorang jurutera. dengan pilihan pertama atau kedua, ak masih mempunyai peluang untuk bekerja di luar negara. mungkin lambat namun ak berharap agar peluangnya masih ada. jika ak membuat "double master" maka ak akan terus kembali ke Malaysia dan bekerja di sana. abangku sudah berpesan bahawa dia tidak mengharapkan ak kembali ke Malaysia untuk bekerja dengan gaji RM. pergilah ke mana sahaja yg ak mahu asalkan gaji nya lebih tinggi dari Malaysia. ya, ak faham dengan ekonomi Malaysia sekarang, mana mungkin gaji seorang jurutera di Malaysia mampu untuk menampung kos hidup yg makin meningkat. kalau boleh ak ingin mengirim wang kepada keluargaku RM2000 sebulan. ya, itu impianku. jadi untuk bekerja di Malaysia, adalah mustahil sama sekali.
hurm.. itu lah yg merunsing fikiranku buat masa ini. moga-moga dipermudahkan segalanya dan semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepadaku. dan semoga ak akan beroleh yg terbaik untuk masa depanku. sesungguhnya ya Allah engkau Maha Mengetahui lagi Maha Menyayangi ~
2 comments:
harap Allah ketemukan jalan yg baik bg ko..
to my opinion... n kalau aku jd ko..
aku mmg sure nk keje kt sane..=)
yakin, berusaha, n bertawakkal.. =)
chayok bebeh!
erm baik.. ak pun dah jmpe jalan kebenaran ehehehe. nak keje r. study tu nnt r ak further. coz now the main prob is language. i cannot stand it anymore huhu
Post a Comment