tp tadi sbnanye hampir2 collapse (xjdi puase, ish2) sbb dah la smlm breakfast mkn pisang je sebijik, then lunch mkn semangkuk fries and sup pastu diner mkn megi + air teh. hahaha pemakanan yg pelik dan cam hape2 jek. so bile bgn pg tdi rase cam xlarat la. tu yg tetbe dtg idea sengal xjdi pose tu.. haih ~ then smbil2 online pg td search la kejap psl peristiwa israk mikraj ni. wpun mcm dah byk tau tp still ade lagi yg xtau huhu and thanked god sbb bile pas bce2 sume kat net ni, tetbe ade kekuatan untk meneruskan puasa. alhamdulillah.. nak tau knape??? ahahahah ni sbb cte kat bwh ni...
"Sejarah Isra' Mikraj - Bersama-sama kita mengejar pahala akhirat……
Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun. Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit.
Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-tanaman, beberapa gunung dan lain-lain."
Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."
Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)." Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku."
Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."
Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."
Jibrail A.S. bertanya, "Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"
Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah Buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."
Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya.
Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"
Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."
Berkata Jibrail A.S., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."
Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.
Wallahu'alam. "
lepas bce ni, tak tau la knape tetbe je rase sayu. betapa Buraq tu.. mengasihi kekasih Allah. and smbgn kisah ni rasenya kite semua dah tau kan. time darjah2 dlu pun de blaja. just nak mention beberapa perkara yg berlaku time israk mikraj..
- SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya
- baginda mendapat keringanan solat fardu dari lima puluh kali menjadi lima kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.
- Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Betlehem, tempat lahirnya Isa putera Maryam.
- Jibril juga mengajari Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca Nabi.
semoga kite semua dpt menghayati peristiwa israk mikraj ni dah mendapat pengajaran berguna drpdnya. renung2 kan dan selamat beramal ~.. :)
p/s:: nnt buka puasa malam nanti nak makan nasi + tomyam (kiub je ni) + sambal ikan bilis +telur goreng cmpr serunding ... nyum2. nmpk cm banyak ke? tp sbnanye sambal tu tuk wat stok hehe
3 comments:
najwa..
aritu aku terlepas israk mikraj... huhuhuhu... =(
ko makan mcm best2 jugak ek kt sane..hmm
erk define "makan mcm best2". tu sbb masak sndri kot. then bhn2 dri mesia. klu dah xdek stok tu, mati kutu la asek mkn piza.. ham.. fillet jek huhu
xdelaa.. kire mcm.. ko bkey makan best2 cm kat mesia jugak laa.. xde laa kekurangan makann.. hehehe..
Post a Comment