Wednesday, July 30, 2008

hari ini ISRAK MIKRAJ

lagi 5 jam untuk berbuka.. gegege kat sni puasa lame sbb now it's summer time. puasa kat 18 jam!! wawa kat mesia rsenye 13-14 jam je kot. xpe, bile lagi nak rase puase time summer. since duk sini jrang gile puasa (masya allah) huhu persekitaran yg menyebabkan den begini. tapi di hari israk mikraj ni adalah sangat bertuah dan beruntung jika dapat puasa skali.

tp tadi sbnanye hampir2 collapse (xjdi puase, ish2) sbb dah la smlm breakfast mkn pisang je sebijik, then lunch mkn semangkuk fries and sup pastu diner mkn megi + air teh. hahaha pemakanan yg pelik dan cam hape2 jek. so bile bgn pg tdi rase cam xlarat la. tu yg tetbe dtg idea sengal xjdi pose tu.. haih ~ then smbil2 online pg td search la kejap psl peristiwa israk mikraj ni. wpun mcm dah byk tau tp still ade lagi yg xtau huhu and thanked god sbb bile pas bce2 sume kat net ni, tetbe ade kekuatan untk meneruskan puasa. alhamdulillah.. nak tau knape??? ahahahah ni sbb cte kat bwh ni...

"Sejarah Isra' Mikraj - Bersama-sama kita mengejar pahala akhirat……

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun. Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit.



Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-tanaman, beberapa gunung dan lain-lain."

Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."

Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)." Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku."

Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."

Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."

Jibrail A.S. bertanya, "Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"

Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah Buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."

Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya.

Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"

Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."

Berkata Jibrail A.S., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."

Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.

Wallahu'alam. "

lepas bce ni, tak tau la knape tetbe je rase sayu. betapa Buraq tu.. mengasihi kekasih Allah. and smbgn kisah ni rasenya kite semua dah tau kan. time darjah2 dlu pun de blaja. just nak mention beberapa perkara yg berlaku time israk mikraj..
  • SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya

  • baginda mendapat keringanan solat fardu dari lima puluh kali menjadi lima kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.

  • Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Betlehem, tempat lahirnya Isa putera Maryam.

  • Jibril juga mengajari Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca Nabi.

semoga kite semua dpt menghayati peristiwa israk mikraj ni dah mendapat pengajaran berguna drpdnya. renung2 kan dan selamat beramal ~.. :)

p/s:: nnt buka puasa malam nanti nak makan nasi + tomyam (kiub je ni) + sambal ikan bilis +telur goreng cmpr serunding ... nyum2. nmpk cm banyak ke? tp sbnanye sambal tu tuk wat stok hehe

Tuesday, July 29, 2008

pAnggiLan ALLAH hAnya 3 kaLi

Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah........aku bertanya pada Ibu.

"Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik dari Umrah....?" Maklum, ini pertama kali aku mengerjakan Umrah.

Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya. Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk Umrah di bulan July 2007 yang lalu. Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah. Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Jadi aku punya kesempatan untuk bertanya tentang Umrah.

Ibu berkata..."Shinta, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup.."

Keningku berkerut......."Sedikit sekali Allah memanggil kita..?"

Ibu tersenyum. "Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?" Saya menggelengkan kepala.

"Panggilan pertama adalah Azan", ujar Ibu.

"Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak "cepat marah" akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti".


Saya terpekur.... mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat karena meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah.......

Ibu melanjutkan, "Shinta, Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji. Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya "bergiliran" . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul.

Ketika kita mengambil niat Haji/Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan "Labaik Allahuma Labaik/Umrotan", sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji/Umrah bagi yang mampu".

Mata saya semakin berkaca-kaca. Subhanallah saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan... Alhamdulillah...

"Dan panggilan ke-3", lanjut Ibu, "adalah KEMATIAN".

"Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu Shinta, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya... Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah. Insya Allah syurga adalah balasannya.. ..."

**Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah karena kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya. Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat..... ....Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam........ ...**

Sunday, July 27, 2008

kecelaruan hidUp!!

di saat esok bakal menempuh satu kertas peperiksaan, fikiran bercelaru memikirkan perancangan masa hadapan. ya Allah ko hindarilah daku dari membuat perkara sia-sia, ya Allah ya Tuhanku.

fikiran kini tidak mampu untuk memberi sepenuh perhatian terhadap kertas-kertas tutorial dan kuliah yang bertaburan di atas meja. ya Allah apakah yang berlaku kepada hambamu ini?!

hanya mampu meluahkan perasaan dengan menulis di laman blog ini.. apa sebenarnya yg ak mahu dalam hidup ini? kecelaruan hidup yg ku maksudkan adalah kerana beberapa perkara yg secara tiba-tiba menggangu perancangan hidupku.

mengikut perancangan ku...

1)setelah habis peperiksaan, mahu cepat-cepat menghabiskan tesis. dan juga dengan harapan lulus semua peperiksaan. maka dengan ini, ak akan bebas dan alhamdulillah berjaya menghabiskan degree ku akhir tahun ini. dan selepas itu mahu bekerja sambilan untuk mengumpul duit untuk "eurotrip". insyaallah pada bulan 3 atau 4 dengan bajet 1000 euro. kemudian ak ingin mencari kerja sebagai jurutera di Jerman, atau mungkin di London atau di mana sahaja asalkan di luar negara.

2)namun perkara di atas adalah bergantung kepada permohonan kerja yg baru sahaja dihantar 3 minggu lepas kepada INFINEON. sebuah syarikat antarabangsa yg menyediakan satu prgoram khas kepada pelajar lepasan ijazah di luar negara (International Graduate Programm-IGP). senyap-senyap ak telah menghantar permohonan kepada HR syarikat tersebut dengan harapan berjaya ditemuduga untuk kemasukan tahun hadapan. itu juga bergantung kepada keputusan peperiksaan dan tesisku. jikalau semuanya alhamdulillah lulus maka tiada halangan untuk ku menerima tawaran tersebut (jikalau berjaya). namun akibatnya terpaksa melupakan "eurotrip" kerana ianya bakal mengambil masa hampir 3 minggu (mengikut perancangan kami). tidak mungkin pula pada pertengahan bulan 3 atau 4 tiba-tiba sahaja ak mengambil cuti untuk "eurotrip". sungguh tidak logik bukan? untuk pengetahuan IGP ini bakal mengambil masa selama 18 bulan untuk melatih kami dengan suasana kerja di peringkat antarabangsa.

3)akan tetapi, tiba-tiba sahaja mendapat gangguan baru. iaitu untuk melanjutkan pelajaran dalam peringkat sarjana kemasukan musim sejuk nanti. ini juga satu masalah berat, yg membuat ku celaru untuk membuat keputusan. sesungguhnya peluang itu hanya datang sekali dalam seumur hidup. sekarang jalannya sudah terbentang luas untuk menyambung sarjana. dan semuanya nampak dipermudahkan yg Esa kerana jika tesis tidak dapat dihabiskan sehingga hujung tahun ini kami masih mempunyai peluang sehingga februari depan. dah angan-anganku adalah untuk membuat "double master" itu pun jika ditawarkan di UKM. mungkin setahun di sini dan setahun di Malaysia. namun, masalahnya adalah ak harus mempunyai kerja sambilan untuk menyara hidupku dan pelajaran sarjanaku. sudah malas untuk menyusahkan keluarga ku mengirim wang untuk ku. cukuplah pengorbanan mereka selama ini.

jika ak mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran, maka berkecailah harapanku untuk bekerja di luar negara sebagai seorang jurutera. dengan pilihan pertama atau kedua, ak masih mempunyai peluang untuk bekerja di luar negara. mungkin lambat namun ak berharap agar peluangnya masih ada. jika ak membuat "double master" maka ak akan terus kembali ke Malaysia dan bekerja di sana. abangku sudah berpesan bahawa dia tidak mengharapkan ak kembali ke Malaysia untuk bekerja dengan gaji RM. pergilah ke mana sahaja yg ak mahu asalkan gaji nya lebih tinggi dari Malaysia. ya, ak faham dengan ekonomi Malaysia sekarang, mana mungkin gaji seorang jurutera di Malaysia mampu untuk menampung kos hidup yg makin meningkat. kalau boleh ak ingin mengirim wang kepada keluargaku RM2000 sebulan. ya, itu impianku. jadi untuk bekerja di Malaysia, adalah mustahil sama sekali.

hurm.. itu lah yg merunsing fikiranku buat masa ini. moga-moga dipermudahkan segalanya dan semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepadaku. dan semoga ak akan beroleh yg terbaik untuk masa depanku. sesungguhnya ya Allah engkau Maha Mengetahui lagi Maha Menyayangi ~