salah siapa?
adakah Long Jaafar yang bersalah kerana mengimport 20,000 kaum Cina utk bekerja di lombong Larut (Biritsh belum lagi menjajah Tanah Melayu ketika ini)
adakah Temenggung Abu Bakar yang bersalah mengimport sehingga hampir 100,000 buruh Cina untuk bekerja di ladang lada hitam (Biritsh belum lagi menjajah Tanah Melayu ketika ini)
adakah kerajaan British yang bersalah kerana kemasukan immigran Cina dan India untuk aktiviti ekonomi dan perdagangan
atau adakah Tengku A Rahman yang bersalah kerana bermurah hati memberikan kerakyatan kepada hampir 1 juta 'stateless person'
well you can keep playing the blame game but the truth is Melayu, Cina, India and others fought for the independence of Tanah Melayu
kepada yang extremist bangsa dan agama.. berlapang dadalah. kalau semua ikut dan hormat Perlembagaan Persekutuan Malaysia tanpa mempertikaikan apa yang tertulis kita patut boleh hidup aman damai
berbanggalah anda seorang Malaysian sebab memang bukan senang hidup berbilang bangsa dan agama