..tennis..
sebenarnya i'm not poyo yang sesaje nak minat tennis but i still remember how it all began..
when i was a child i used to play game boy that belongs to my cousin.. so i played the tennis game. looks like so much fun hitting the ball and so on. from that moment then i know how the point works.. 15, 30, 40, deuce, tiebreaker etc
and as i grew up.. by reading lots of newspaper esp sports then i get to know all the top tennis players.. agassi, hewit, steffi, martina, federer and the list goes on. first time i played tennis when i was in Essen while doing my degree.. lucky i have marni who taught me everything about tennis..!! she played quite often too before coming to Germany
then later i became a big fan of maria sharapova and rafael nadal.. and last month i found out that maria will join the porsche grand prix tournament in Stuttgart. so without having any second thought i bought the semi-final and final ticket.. hoping that maria will march through till final and winning the tournament - plus driving home a new porsche hahs
..postal voters..
last time back in 2008 i'm not even a registered voter with SPR.. well maybe lack of awareness on this matter. i was in Germany and at that time there's no such thing as postal voters for malaysian living abroad.. only this year they started to implement it.
alhamdulillah i went back in 2009 and i registered when i was attending an exhibition at PWTC - i think. and this year i applied for a postal voters..
..tennis and postal voters..
well well well.. the date finally confirmed that we have to go to frankfurt on 28th April for this postal voters thingy. awesome as the date clashed with the final game of the tennis tournament..!!
honestly i'm a bit frustrated with this but hey that's the risk.. and you have to deal with it right
vote - my responsibility
tennis - my interest
so then began my crazy weekends..
27th april (saturday)
1130am : early lunch
1400pm : watched semi-final tennis where maria won the game..!! she met li na in the final
2000pm : on the way to Frankfurt by bus
2300pm : arrived and stayed at a friend's house
0200am : bed time finally urgh
28th april (sunday)
0930am : arrived at Consulate and cast my vote.. pickup my passport
1000am : on the way back to Stuttgart by bus
1300pm : arrived at Stuttgart
1400pm : watched final game.. and as expected maria won it..!!
the critical time was in between 930am-1000am.. because i only have 30mins..!! and to walk from consulate to the train station is around 10mins but alhamdulillah everything went smooth. a successful plan =D
honestly it's craaaaazy but at least i've done my part and my responsibility for our country.. now it's your time. don't forget to cast your vote on 5th may..!! ini kalilah hehs
Sunday, April 28, 2013
Thursday, April 18, 2013
sekuntum mawar merah
hari ini dapat bunga..!! tetapi mawar merah ini bukanlah pemberian dari seorang kekasih.. bukan juga dari seorang sahabat.. akan tetapi dari seorang insan yang bisa membuatkan aku sedar betapa bersyukurnya aku hidup di dunia ini dengan segala nikmat yang Allah telah berikan
alkisah
hari isnin (15 april 2013) - semua yang berlaku ada hikmahnya
perasaan malas membuak-buak tak mahu ke office.. dengan pening kepala yang amat aku kuatkan jua mengayuh basikal menuju ke arah yang satu. jarak office dari rumah hanya 10 minit berbasikal
sampai di satu simpang.. aku lencongkan kayuhanku ke arah stesyen keretapi berdekatan dengan rumahku. nekad. aku akan cuti hari ini namun ada urusan belum selesai berkaitan dengan status kerja aku. perlu ke pejabat kewangan untuk mendapatkan kad cukai. ah jerman memang macam-macam bukan?
dalam keretapi aku asyik memandang skrin telefon tanpa mempedulikan orang sekeliling. tiba-tiba aku di sapa 'Malaysian ke?' lantas dari situlah mulanya perkenalan dengan seorang hamba Allah yang sangat cool, Abang Z. kami bertukar info dan dengan rasminya menjadi kawan di facebook
maka aku berfikir sejenak.. perkenalan itu mungkin satu kebetulan yang bermakna. jika aku tidak cuti hari itu tidak mungkin aku akan berjumpa dengan dia. hebat aturan Allah bukan? dan pada petangnya kami berjumpa semula untuk makan malam. sungguh aku hormat terhadap dia. jangan salah faham dia sudah berkeluarga dan datang ke jerman atas urusan kerja
hari khamis (18 april 2013) - allahuakbar boleh menitis air mata kami
jam 530 petang aku bergegas pulang.. sudah berjanji dengan Abang Z untuk menolong dia dalam urusan penghantaran wang ke m'sia. elok sampai di depan pejabat pos dia tersengih sambil berkata 'dah settle dah' pulak dah..! beria aku keluar awal cis. tak apa kami kemudian membuat keputusan untuk ke bandar jalan-jalan cari makan. biasalah lepas kerja apa lagi yang boleh di buat selain makan dan makan.
dia mencadangkan agar kami ke kedai masakan thailand.. iya memang sedap dan merupakan persinggahan kali kedua buat kami masing-masing. sebelum ini M pernah membawa aku makan di situ dan Abang Z pula pernah terserempak dengan m'sian lantas dia di bawa ke situ. kami memesan makanan bagai nak rak.. sangat sedap kot.
pusingan kedua makan.. aku putus asa. Abang Z sudah lama berhenti kerana sudah kenyang cis malu sungguh melihat aku yang makan banyak pula. kalah lelaki oi. sungguh aku lapar sebab tidak mengalas perut dari tengah hari. kemudian kami berbual-bual sambil memandang makanan yang masih bersisa. nasi semangkuk, tomyam, ikan talapia masak masam manis. ah bisa juga untuk seorang lagi makan detik hatiku
tiba-tiba kami di datangi seorang wanita menjual bunga sambil berbahasa jerman. aku sekadar senyum dan berkata maaf dan terima kasih. kemudian dia masih berdiri di situ tidak berganjak sambil bercakap sesuatu yang tidak aku fahami. lantas aku cuba untuk mendengar dengan lebih teliti kali ini untuk memahami bait-bait percakapannya. dia menunjuk-nunjuk kepada makanan kami
ah.. mungkin melihat gaya kami yang seakan-akan sudah berhenti makan dan masih banyak makanan di atas meja jadi dia pohon ingin menghabiskan makanan itu. waktu itu sudah jam 8 aku kira dia sangat lapar dan perlu menghabiskan jualan bunganya sebelum pulang. lantas tanpa berfikir panjang aku mempersilakan dia duduk di sebelahku sambil ku hidangkan semua makanan tadi di hadapannya. pinggan bersih berisi pencuci mulut (tako) aku berikan kepada dia.
tidak putus-putus dia mengucapkan terima kasih kepada kami. aku terkesima. terkedu. tatkala melihat kegopohan dia menyuap makanan ke dalam mulut. tom yam dihirup, nasi di tambah, ikan mula menunjukkan tulang-tulangnya. ya allah apakah yang Engkau cuba perlihatkan kepada hambamu ini ya allah. seperti adegan di drama di kaca tv.. seperti itu jugalah realitinya berlaku di hadapan kami
aku cuba berbual mudah dengan dia agar tidak menggangu konsentrasinya untuk makan. rupanya dia dari romania, sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak. dia tinggal dengan keluarganya yang berlima itu dengan ibunya di jerman untuk mencari kerja. aku kagum dengan penguasaan bahasa jermannya yang jauh lebih hebat dariku. malu sungguh rasanya.
kami memerhati dia menghabiskan makanan itu dan sempat juga aku bisikkan kepadanya.. makan perlahan-lahan, kami akan tunggu. dia senyum dan memperlahankan suapannya. aku dan Abang Z bertukar pandangan. sumpah jujur aku katakan boleh berderai air mata melihat aksi dia di depan kami.
ibarat tidak pernah menjamah makanan berminggu-minggu atau mungkinkah itu kali pertama dia menjamah makanan enak setelah sekian lama? seusai sudah menghabiskan semua makanan dia meminta diri untuk beredar dan sempat dia menghulurkan sekuntum mawar merah buat ku.. =')
Abang Z membayar harga makanan.. memang niat dia untuk belanja makan malam hari itu. dan aku sesungguhnya terpalit rasa cemburu kerana Abang Z bukan sahaja mendapat pahala belanja makan untuk aku malah wanita tersebut dan bayi dalam kandungannya..!! dia mengandung empat bulan untuk pengetahuan semua.
Allah hu akbar.. maka nikmat Tuhanmu yang mana yang kamu dustakan..?
bersyukurlah dengan apa yang kita ada.. memang satu pengajaran dan iktibar yang besar buat kami pada hari itu. wallahualam

Subscribe to:
Posts (Atom)